0

PTPTN Application Guides!!

Tuesday, July 14, 2009

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN (PTPTN) ONLINE KALI PERTAMA

Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar yang masih belum membuat permohonan PTPTN secara online adalah diminta untuk berbuat demikian sebelum atau pada 19 Julai 2009. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan PTPTN secara online bagi kali pertama :

Langkah 1
Membeli no. pin di BSN dan buka laman web www.ptptn.gov.my untuk membuat permohonan dan klik  E-Pinjaman.

Langkah 2
Mengisi semua maklumat dengan betul tanpa sebarang kesilapan nama kursus,mode pengajian, 
peringkat pengajian, tarikh mula pengajian ke IPT kerana sebarang kesilapan bagi perkara 
tersebut akan mengakibatkan permohonan semula terpaksa dibuat.

Langkah 3
Untuk maklumat penjamin pertama dan kedua hanya perlu diisi ibu dan bapa kandung sahaja. 
Bagi pelajar yang hanya ada salah satu dari kedua-dua ibu bapa hanya isi salah satu yang 
mana masih hidup. Bagi yang tiada kedua-duanya, kosongkan maklumat mengenai penjamin pertama dan kedua. Bagi yang ada salah satu dari kedua ibua bapa atau tiada kedua-duanya perlu membuat akuan sumpah sebelum hari kutipan dokumen tawaran.

Langkah 4
Sila klik hantar permohonan apabila selesai. Bagi pelajar yang ingin meminda maklumat selepas menghantar borang permohonan hendaklah berbuat demikian sebelum tarikh tutup permohonan kelompok ke-2 pada 19 Julai 2009. Bagi setiap maklumat yang dipinda, pelajar hendaklah klik sekali lagi butang hantar permohonan setiap kali selepas meminda maklumat dan pastikan pindaan tersebut dibuat sebelum tarikh tutup.

Langkah 5
Klik status dan cetak maklumat status tersebut serta maklumat berkaitan untuk rujukan.

Langkah 6
Pelajar boleh mula menyemak keputusan permohonan kelompok ke-2 pada 27 Julai 2009.
Selepas menyemak, bagi yang berjaya hendaklah mencetak dokumen tawaran di ruangan maklumat pinjaman. Dokumen tersebut hendaklah dicetak dan dibuat 2 salinan serta dilengkapkan sebelum kutipan dokumen tawaran pada 17-18 Ogos 2009. Bagi setem hasil boleh didapati di pejabat pos atau boleh dibeli di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Langkah 7
Sila serahkan semua dokumen yang telah dilengkapkan pada hari kutipan dokumen tawaran 
bagi permohonan kelompok ke-2 pada 17-18 Ogos 2009 ini.
~ merpati K.L ~


0 Responses to "PTPTN Application Guides!!"